Followers

keistimewaan Ijazah Kepujian

baru-baru ni result UPU dan USM dah keluar kan. ramai yang dapat tawaran daripada UPU dan USM. mesti korang konfius nak pilih Universiti mana. hari ni aku nak share sikit maklumat yang aku dapat daripada orang yang berpengalaman dalam bidang ni(mekanikal) dan internet.

aku ambil diri aku sendiri sebagai contoh, ok. hehehe..senang sikit nak cerita.

tawaran yang ditawarkan untuk aku:

  1. Manuf. Engineering with Management (USM) - ijazah kepujian
  2. Bachelor of Mechanical Precision Engineering (UTM-jln semarak) - ijazah tanpa kepujian

Ijazah Kepujian dan Ijazah tanpa kepujian tu ada beza tau! ada orang anggap benda tu nama sahaja dan tak membawa makna apa-apa.

dari segi cara pembelajaran, aku cuma dapat maklumat ijazah kepujian tu tak boleh fail/repeat lebih daripada 4 subjek. alaaa, kita bukan pergi untuk fail kan..kita pergi untuk belajar..so, tak payah fikir pasal fail tu.

kelebihan Ijazah Kepujian ni terserlah lepas kita tamat belajar. antaranya, lebih mudah minta kerja. senang cerita, market untuk Ijazah Kepujian ni lebih tinggi berbanding Ijazah tanpa kepujian tu.

lagi, gaji pon berbeza. mana yang lebih? Ijazah Kepujian punya gaji lebih tinggi berbanding Ijazah tanpa kepujian.

untuk banding kursus yang aku dapat plak:

kursus kat USM tu lebih tinggi market nak kerja nanti daripada yang aku dapat kt UTM.

itu je yang aku tau pasal perbezaan Ijazah Kepujian dan Ijazah tanpa kepujian. harap membantu orang yang dalam dilema..hihi..
bukan bermakna Ijazah tanpa kepujian tu tak bagus, tapi dalam kes ni, kena buat pilihan. mestilah kita nk pilih yang terbaik kan....so, yang terbaik adalah ijazah kepujian :)
rezeki ada dimana-mana. yang pentin kita buat yang terbaik!! semoga berjaya!!

extra: nama USM macam lagi gempak kan!! haha..so kalau dapat USM baik pilih USM. bukan senang nak dapat. syukur rezeki aku murah. dapat USM walaupun pointer kat matrik dulu tak tinggi


#kalau ada maklumat tambahan atau kesalahan maklumat diatas, boleh lah share diruangan komen.



KLIK iklan ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...